Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tarikh Melawat : 01 March 2020

INFO MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

  • Nama Lain : Masjid Negeri di bawah pentadbiran JAKIM
  • Lokasi : Jalan Sultan Haji Ahmad Shah off Jalan Duta, Kuala Lumpur
  • Tarikh Pembukaan : 25 Oktober 2000
  • Tarikh Perasmian : 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail
  • Jenis Senibina : Seni bina Turki Uthmaniyah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.
  • Kapasiti Jemaah : 17,000 Orang
  • Keluasan : 47,000 m²
  • Kos Pembinaan : RM255 Juta

Artikel tentang masjid ini baru nak dipublishkan kerana baru berkesempatan nak menulis mengenainya. Projek Ziarah masjid buat masa ini terpaksa kami hentikan sementara waktu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac – 31 Mac akibat wabak COVID19. Projek ini akan disambung semula setelah keadaan kembali pulih seperti sediakala.

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(At-Taghaabun 64:11

Di bawah ini sebahagian gambar yang sempat kami ambil sebagai kenangan. Kami akan tambah lagi gambar di bawah ini setelah gambar diedit.