Tarikh Melawat : 01 March 2020
INFO MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
- Nama Lain : Masjid Negeri di bawah pentadbiran JAKIM
- Lokasi : Jalan Sultan Haji Ahmad Shah off Jalan Duta, Kuala Lumpur
- Tarikh Pembukaan : 25 Oktober 2000
- Tarikh Perasmian : 25 Oktober 2000 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalulail
- Jenis Senibina : Seni bina Turki Uthmaniyah dan seni bina Melayu. Masjid ini juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.
- Kapasiti Jemaah : 17,000 Orang
- Keluasan : 47,000 m²
- Kos Pembinaan : RM255 Juta
Artikel tentang masjid ini baru nak dipublishkan kerana baru berkesempatan nak menulis mengenainya. Projek Ziarah masjid buat masa ini terpaksa kami hentikan sementara waktu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac – 31 Mac akibat wabak COVID19. Projek ini akan disambung semula setelah keadaan kembali pulih seperti sediakala.
Di bawah ini sebahagian gambar yang sempat kami ambil sebagai kenangan. Kami akan tambah lagi gambar di bawah ini setelah gambar diedit.