Cara mengatasi masalah location.hash dalam Liferay 6.1

Assalammu’alaikum

Alhamdulillah, permulaan hari yang baik pada hari ini. Pada hari ini saya nak share satu isu log yang tidak tertutup selama 5 bulan yang berlaku di company saya. Alhamdulillah semalam akhirnya log itu ditutup dengan jayanya hasil usaha mencari jawaban di google setelah mendapat satu keyword yang terus menjurus kepada solution. (Amaran bahasa teknikal)

Isu lognya : Apabila access menggunakan IP (internet protocol), button yang ditekan boleh memaparkan new entry post untuk forum dan apabila access menggunakan domain tidak berlaku seperti IP dan tiada paparan new entry post.

Selama 5 bulan, server diimbas kerana sangkaan ada bugs pada liferay tersebut atau virus. Team network dan security buat berbagai cara, hasil tetap sama. Team application puas mengodek dan inspect code liferay mane lah tahu ada kesilapan configur dan hasilnya juga tetap sama.

Akhirnya semalam, salah seorang team member membuat perbezaan button IP dan button domain. Button IP menunjukkan satu url yang panjang dan button domain hanya tunjuk location.hash.

Saya pun turut cek semula menggunakan inspect di CHROME. Ye memang betul ada perbezaan. Berkemungkinan button Domain itu tidak dapat menterjemahkan ke url yang panjang itu.

Dengan menggunaan keyword ‘location.hash liferay 6.1’. Saya berjaya menemui satu post di dalam forum liferay itu sendiri. Untuk mengatasi masalah ini, letakkan 2 line skrip ini :

redirect.url.security.mode=domain
redirect.url.domains.allowed=

di dalam portal-ext.properties

Simple je kan.. 5 bulan mengambil masa untuk menutup isu nie. Sebenarnya jika kita mendapat keyword yang betul, kita akan dapat penyelesaian dengan mudah.

Di sini saya sharekan link location.hash tersebut. [sini]